Tuesday, October 19, 2010

LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN KOLEJ KEDIAMAN 2010

Latihan Kebakaran IPG Kampus Pendidikan Teknik  telah diadakan pada 5 Ogos 2010 yang lalu. Program ini telah dianjurkan oleh Exco Kolej Kediaman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru  Kampus Pendidikan Teknik.

Ceramah dan latihan kebakaran ini adalah untuk menyedarkan warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik tentang keselamatan semasa berada di kolej kediaman. Selain itu, program seumpama ini akan dapat membantu kerajaan Malaysia dalam menangani masalah kebakaran dan menyebabkan kemalangan jiwa yang semakin meningkat. 




HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN 2010

          Program ini telah berjalan selama 2 hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis bertarikh 3 dan 4 Jun. Program seperti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada penghuni agar menjaga kebersihan kolej kediaman dan bilik masing-masing. Program ini bermula pada hari Rabu di mana semua mentor akan pergi ke kolej kediaman yang telah ditetapkan dan mereka perlu menilai keadaan persekitan dan turut memberi markah. 


"INTERCOLLEGE DAY 1" KOLEJ KEDIAMAN 2010


       “Inter College Day” telah berlangsung pada 30 April 2010 sehingga 2 Mei 2010 yang lalu. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi galakan kepada penghuni kolej kediaman untuk aktif dalam bidang sukan. Di samping itu, penglibatan aktif dalam aktiviti kolej kediaman dapat mewujudkan suasana penempatan yang ceria dan harmoni. Program ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kampus selain dapat menarik minat guru-guru pelatih untuk melibatkan diri dalam sukan.


GOTONG - ROYONG PERDANA KOLEJ KEDIAMAN 2010






Gotong-royong ini diadakan pada 3 April 2010. Gotong-royong ini melibatkan semua penghuni dan kerjasama bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Aktiviti bermula dengan semua pelajar berkumpul di hadapan kafeteria dan mendengar ucapan serta penerangan daripada Puan Normala. Sementara mendengar taklimat, pihak DBKL melakukan aktiviti fogging. Kemudian semua penghuni pulang ke kolej kediaman masing² dan meneruskan aktiviti gotong-royong. 

Pada mulanya semua penghuni dikehendaki mengemaskini kawasan sekitar kolej kediaman dan kemudiannya mengemas bilik masing². Aktiviti ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dan semua pelajar diberikan nasi lemak atas usaha gigih yang telah diberikan.

*gambar sekitar gotong-royong boleh dilihat di Album. ^_^