Program ini telah berjalan selama 2 hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis bertarikh 3 dan 4 Jun. Program seperti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada penghuni agar menjaga kebersihan kolej kediaman dan bilik masing-masing. Program ini bermula pada hari Rabu di mana semua mentor akan pergi ke kolej kediaman yang telah ditetapkan dan mereka perlu menilai keadaan persekitan dan turut memberi markah.

Pada hari yang berikutnya, aktiviti sama dijalankan tetapi kali ini pihak warden pula yang membuat penilaian. Semua penghuni nampaknya memberi kerjasama yang sebaiknya dan kebanyakan mentor dan warden berpuas hati dengan keadaan kolej kediaman yang ada. Namun, masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki antaranya, para pensyarah perlu diberi taklimat ringkas tentang aspek yang dinilai serta adab-adab atau garis panduan yang perlu mereka patuhi semasa memeriksa bilik pelajar.
Setiap penghuni juga boleh melawat kolej kediman yang lain seperi lelaki ke kolej kediaman wanita dan sebaliknya. Keputusan pertandingan hari terbuka kolej kediaman akan diumumkan pada jamuan makan malam kolej kediaman pada akhir tahun nanti.
No comments:
Post a Comment