Thursday, June 9, 2011

GOTONG ROYONG PERDANA KOLEJ KEDIAMAN 2011







          Pada bulan Mei yang lepas, pihak Pengurusan Kolej Kediaman IPGM Kampus Pendidikan Teknik dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Gotong Perdana Kolej Kediaman 2011. Gotong - royong ini disertai oleh semua penghuni Kolej Kediaman IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. 


          Program ini diadakan untuk meningkatkan mutu kebersihan kawasan Kolej Kediaman IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur disamping membanteras gejala denggi yang semakin menular di kawasan sekitar Kolej Kediaman IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. 
 



- gigih membersih -



- pelajar membuang dedaun kering -


- bekerjasama membersihkan Kolej Kediaman -


- pelajar perempuan membersihkan Student Centre -


- daun kering yang mengundang kotor harus dibersihkan -


- kawasan meletak motosikal tidak terkecuali untuk dibersihkan -


- mengerah tenaga untuk membersihkan longkang -


- kawasan parkir bas yang sedang dibersihkan -


- bahan buangan yang akan dibuang -


- mengambil peluang untuk membersihkan koridor -
 
- pelajar gigih membersihkan kawasan Kolej Kediaman -



- perbincangan diberi oleh salah seorang jawatankuasa -



- pelajar perempuan sedang membersihkan Blok B -



- pelajar membersihkan kawasan sekitar Blok E -


          Program ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Semoga berakhirnya gotong-royong ini, dapat meningkatkan lagi kualiti kesihatan dan kebersihan serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni Kolej Kediaman IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. Jutaan terima kasih dan penghargaan dikalungkan kepada semua yang terlibat.

No comments:

Post a Comment